Februari 09, 2017

Dilema Pengguna Produk Lokal vs Produk Luar

1. Perlukah diutamakan produk tempatan dahulu sebelum kita meninjau produk luar?

2. Itu adalah persoalan yang kerap kita hadapi setiap hari, sebenarnya.

3. Adakah dah cukup usaha kita menyokong produk lokal ataupun kita sebenarnya harus lihat perkara itu dari perspektif pembeli semata yakni pembeli hanya perlu memfokuskan pada apa yang dia patut dapat selepas membeli?

4. Berbaloikah beli Proton dan Perodua, kalau kereta jenama luar sama harganya tanpa cukai dikenakan pada kereta jenama luar?

5. Berbaloikah beli kartun keluaran studio dalam negara berharga RM45 ribu satu episod kalau syarikat boleh beli kartun Disney pada harga RM5000 satu episod?

6. Berbaloikah beli buku indie RM20 kalau kita boleh beli buku Chomsky pada harga hanya RM18?

7. Pada penghujungnya, nak tak nak, kita kena akui kita negara kecil. Pasaran kita terhad.

8. Kita lebih gemar mengimport atau kita nak usaha jadi pengeksport?

9. Nak jadi pengeksport, kena korbankan diri sokong produk tempatan yang perlu dibeli dengan harga lebih tinggi kerana pengeluar kita tak punya jaring pengedar seluruh dunia yang memungkinkan harga dikurangkan.

10. Nak jadi pengimport ni mudah aje. Asal ada duit. Tapi jadi end user aje lah. Bila kita jadi end user ni, kita mudah khayal. Tu lah yang berlaku pada segelintir orang kita sekarang.

11. Sokongan moral sahaja walaupun penting, pada produk lokal ni tak cukup. Duit kita kena keluar.

12. Benda ni perniagaan.

13. Sokongan moral tak boleh membantu dalam menstabilkan tahap kewangan syarikat setiap bulan, apatah lagi sokongan hanya dicanang-canang selepas sesebuah syarikat lokal itu mempunyai masalah yang besar.

Tiada ulasan: