Ogos 04, 2016

Manusia Bangun Pagi Kejar Kaya-Raya, Bangun Esok Kejar Kaya-Raya, Bangun Lusa Kejar Kaya-Raya

1. Senarai client takaful aku ramai juga anak muda yang baru bekerja tak sampai 5 tahun.

2. Selalunya bila aku jumpa diorang topik perbincangan lebih kepada kerja.

3. Sebab diorang pelik kenapa aku boleh berhenti kerja dan diorang akan tanya aku macam mana aku tergamak berhenti kerja.

4. Ada jugak yang tanya "berbaloi ke saya berhenti kerja untuk jadi ejen takaful ni bang?"

5. Aku tak berani jawab soalan camtu. Aku tak tau. Aku takut nak jawab.

6. Aku dah tengok kawan-kawan aku ada yang berhenti kerja tapi huru-hara. Ada yang berhenti kerja dan dia dapat benda yang lebih baik.

7. Selalunya, anak muda ni ramai berapi nak berhenti kerja. Ye lah, kau bukak fesbuk, dia tu niaga KAYA dia ni niaga KAYA dia tu boleh ajar kau jadi KAYA dia tu boleh buatkan kau jadi KAYA-RAYA.

8. Kita rasa teruja.

9. Tapi, aku cakap dengan kau ikhlas. Aku dah rasa gaji besar.

10. Besar mana pun........takde apa sebenarnya. Sebab akhirnya nanti kau akan nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

11. Tak pernah cukup. Sampai satu masa kau stuck.

12. Jadi, apa yang aku boleh nasihatkan, sebelum kau berhenti kerja kerana kau tak nampak apa yang kau buat tu boleh buatkan kau kaya raya, kenal pastilah dulu.....apa kita nak?

13. Aku nak masa. Aku marah orang kawal masa aku hari-hari.

14. Jadi aku sanggup terima yang income aku ada masa tak ada, ada masanya susah. Nak start balik bukannya senang. Ambik masa.

15. Sanggup kau susah? Itu tak apa lagi sebenarnya.

16. Sanggup kau terus susah kalau apa yang kau buat tu tak berjaya?

17. Sebab fesbuk adalah medan mempamerkan kejayaan kau tapi berjuta lagi yang kita tak nampak, adalah orang-orang yang tak berjaya dalam benda yang dia cuba dan kemudian dia give up cuba dapatkan kembali kerja makan gaji dia dulu, yang dia tinggalkan dengan perasaan beriya-iya sebab dia KONFIDEN, dia akan berjaya.

18. Benda tu berlaku. Realistik lah. Kau tengok ceramah motivasi perniagaan memanglah nampak benda tu macam seronok, mudah dan cepat, tapi sebenarnya takde la semudah tu.

19. Yang penting, kita kenal pasti skillset kita. Adakah kita adaptable?

20. Secara amnya, lulusan jurusan sastera, seni, perniagaan, pengurusan, kau campaklah dia kat mana pun, dia ada peluang.

21. Lulusan sains, kejuruteraan, aeronautik, kajian angkasa, benda-benda spesifik macam lulusan robotik, semua tu amat bergantung dengan industri untuk tawarkan peluang pekerjaan.

22. Kalau kau tak ada pekerjaan pada ketika ini dan dah tak ada cara lain dah, kau kena buat sesuatu sendiri, apa kita buat?

23. Adakah kita adaptable? Adakah kelulusan kita, skillset kita adaptable? Penting sebenarnya kau jawab ni sebelum kau ambik keputusan besar.

24. Kalau orang tak bagi kau gaji, adakah kau boleh cari makan?

25. Atau kau prefer kestabilan ada gaji bulan-bulan masuk?

26. Memang kadang-kadang tiap-tiap orang yang makan gaji ni akan terbayang "adakah ini hidup aku sampai ke tua? Apa sebenarnya potensi aku?"

27. Tapi, pada aku tak perlu rasa rendah diri pun kalau kau prefer makan gaji. Orang yang meniaga pun perlu ada pekerja bawah dia. Kalau semua nak meniaga, siapa nak tolong bantu peniaga meniaga?

28. Anak-anak muda, menjadi dewasa ni, ada masanya kita kena tahan sebentar dan teruskan dengan buat benda kau tak suka.

29. Even peniaga sendiri terpaksa tebalkan muka tersengih dekat bakal pelanggan. Jumpa pun senyum je. Nak mintak geran, baik je perangai. Langsung tak kutuk menteri.

30. Untuk orang makan gaji, mungkin kau tak suka kerja kau. Tapi semua perasaan kau tak suka tu, akan ada di mana-mana tak kiralah berapa kali kau tukar kerja atau buat apa-apa pun.

31. Kita dewasa. Kita memang kena hadap banyak benda kita tak suka.

32. Jadi, kalau ada yang tanya aku, "syok ke jadi ejen takaful? Kalau saya berhenti kerja, berbaloi ke tak?" atau "berbaloi ke saya berhenti cuba benda lain sebab saya tak suka betul la dengan bos saya tu. Macam palat perangai dia."

33. Pada aku, potensi untuk jadi berbaloi tu ada. Tapi semua tu potensi.

34. Petua dia senang aje, kalau kau buat dan kau rasa puas hati walaupun kau dapat sikit aje balasan dia, teruskan buat benda tu.

35. Matlamat kita, kena pastikan dulu penuhi dua benda. Puas hati dan suka. Walaupun income kau haritu sebenarnya rugi seringgit dua.

36. Niat nak kaya tak salah.

37. Tapi kau nak kaya banyak mana?

38. Tuhan tu Maha Adil. Ada Dia bagi sikit, ada Dia tarik sikit. Ada Dia bagi banyak, ada la Dia tarik banyak.

39. Janganlah sesekali kita rasa tak adil Tuhan buat si polan bin si polan tu kaya dan kita kerja makan gaji semata. Dah la kaya, kerja rilek je kutip duit sebab bisnes masyuk hari-hari.

40. "Aku nak jadi macam dia, kaya raya!" kata kau. Ayat ni tak lengkap.

42. Ayat penuhnya; "Aku nak jadi macam dia, kaya-raya dan aku juga sanggup tak ada semua yang dia tak ada. Sebijik macam dia."

43. Susah sebenarnya nak percaya yang Tuhan itu Maha Adil kan bila tengok diri sendiri dan bandingkan dengan orang lain?

44. Kan?
 
Ejen Takaful Penyayang,
Mantot
018-3611628

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

power!
terima kasih.

Matdin berkata...

kaya.. kaya.. kaya.. hehehe...

jom jenguk sini ya.. hehe