Jun 17, 2016

Adakah Proton Akan Lebih Baik Tanpa Campur Tangan Politik? Ya.

1. Kereta pertama mak aku adalah kereta Proton Saga, tapi bukan yang enjin Magma.

2. Aku nak Proton berjaya.

3. Tapi sekeliling aku penuh dengan pembeli Proton yang mengeluh, sama ada cat terhakis, power window rosak, radio rosak, butang kunci alarm boleh guna bukak kereta Proton lain.

4. Tu tak cerita lagi satu bukti rekaan Proton ni hancur; side mirror Persona versi pertama. Kita nak tengok belakang bukan nak tengok semut. Terlalu jaga rupa bentuk sehingga side mirror dah tak praktikal.

5. Sebelum aku beli kereta dulu, aku pegi Proton. Nak test drive Savvy. Aku suka Savvy. Dia suruh aku datang balik kemudian...aku beli Myvi.

6. Sebelum aku beli kereta kedua dulu, aku call Proton Edar Bangi nak set appointment test drive Preve. Sampai hari ni aku masih lagi menunggu jemputan dari diorang.

7. Amat berbeza layanan Proton Edar dengan pengedar kereta lain. Ini perlu improve sebab ini hal frontliner.

8. Dari segi kereta, sejak Gen2 keluar, aku tertanya-tanya, Proton ni nak buat kereta apa sebenarnya?

9. Kereta sport? Kereta mewah? Kereta praktikal? Kereta keluarga? Kereta orang kebanyakan?

10. Kita ambik Persona. Kau pernah duduk seat belakang Persona? Cecah kepala.

11. Saga dah elok dah. Praktikal. Tapi kalau kau folo belakang Saga, kau akan nampak banyak Saga yang hilang cover part atas no.plate belakang diorang, Mesti lampu no.plate tu terdedah.

12. Dari segi praktikaliti, Proton masih lagi tak nampak hala tujunya. Balik-balik, handling dan performance. Come onlah...kita negara membangun. Benda paling penting, penjimatan minyak.

13. Preve punya consumption, huiii..Persona punya consumption pun boleh tahan. Saga dengar khabarnya, kuat juga.

14. Sementara pengeluar lain dah boleh buat enjin 16-17km/l, Proton masih lagi sekitar 11-12km/l. Preve, 9km/l...Suprima 7km/l.

15. Civic baru 16km/l. Proton Iriz 1.6 CVT 13.5km/l.

16. Aku berharap benar Proton berjaya mengembalikan zaman di mana punyalah ramai orang pakai Proton sampai ada jual t-shirt Proton Saga bootleg untuk budak-budak.

17. Tapi sampai sekarang Proton tak boleh nak relate brand mereka dengan penjimatan.

18. Itu sedikit sebanyak benda yang aku gusar benar masa nak beli Preve hari tu. Minyak dia, pengeluar sendiri rated kan tinggi penggunaan.

19. Kita bukan negara maju di mana kita carik performance. Kita nak benda reliable, murah dan senang. Sebab tu Perodua menang dengan Proton. Tu tak masuk lagi bab defect rate antara dua pengeluar ni.

20. Dengan pengumuman PM yang tidak ada lagi campur tangan politik dalam Proton, aku harap kita ambik benda tu sebagai positif.

21. Tak perlu jadi macam Perodua di mana formula kereta rebadge mereka sangat berkesan.

22. Tapi formula produk yang mereka tawarkan amat sesuai dengan permintaan orang kita. Orang kita bukan nak benda pelik-pelik. Kita nak benda praktikal.

23. Bukan kereta-kereta eksperimen macam Savvy, Juara dan Tiara.

24. Saga pada aku dah cun aplikasi dia. Kereta untuk semua orang. Persona pun dah praktikal dah especially part boot dan suspension. Tapi isu side mirror tak berguna tu memang lame gila lah dan isu kepala terhantuk dekat siling seat belakang. Tu tak termasuk lagi design radio yang kononnya futuristik tapi tak praktikal sebelum digantikan dengan rekaan yang lebih konvensional.

25. Bagaimana pun asasnya, kalau potential customer Proton nak set masa untuk test drive, tolonglah telefon balik. Kalau tak, macam mana nak jual kereta?

Tiada ulasan: